"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

September 15, 2010

3 JENIS JODOH

Malam td, sempat jugak sy meluangkan masa utk menonton semula cerita "SYURGA CINTA" yg di tayangkan di tv3...memang menarik...bole tabik spring utk watak cikgu yg di lakonkan oleh Heliza... sgt mementingkan agama...

Bila sebut pasal filem nie, smpai skang sy tak dapat lupakan dialog dalam cerita tu..dialog oleh bapa kepada Heliza...

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.

Jodoh ketentuan Tuhan...


So, korang macamane? Jom kite tepuk hati, tnya iman kita...jodoh yg manakah kita mahukan??



* Hanya mengharap seseorang yg dapat menjadi imam utk sy

Sekian, salam syawal~

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...