"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

May 29, 2015

Too Much Excited: Persiapan barang baby

Assalamualaikum..

Salam Jumaat.

Since dah genap 7 months pregnancy, rasanya memang dah patut saya sediakan kelengkapan si tecit ni sikit-sikit. Mama & ayah dia bukan orang berada sangat, so terpaksalah beli sikit-sikit. Takpe demi awak ye sayang....

Baru-baru ni saya dan encik suami bershopping ala kadar di expo mummy and baby dekat mid valley. Kitorang pergi hari Ahad so nak cakap tak ramai, ramai jugak dan memandangkan haritu last day memang orang berpusu-pusu la datang situ.

So far, barangnya banyak promotion and banyak jugak free gift yang dorang kasi bila membeli barangan tertentu. Naik lenguh kaki saya ni asyik tiga empat kali berpusing-pusing kawasan situ. Tapi hati berbunga-bunga bila tengok barang baby. Rasa melt je, bila la si tecit ni nak keluar. Mama dah tak sabar ni sayang. Tapi mama nak awak keluar cukup 9 bulan ye sayang.




Setakat hari ini, dah terkumpul banyak ni. Semua kepunyaan budak kecik dalam perut mama ni. Kalah mama dengan ayah tau. Tapi ini bukan semua borong dekat mid, saya ada ke kedai baby shah alam, Marissa Shoppe Full . Kedai tu barangnya lebih murah berbanding kedai baby lain. Sanggup hadap jam dari Ampang ke Shah Alam. Bertambah-tambah jammed bila tersilap hari! Mana taknya, itulah hari perlawanan bola sepak antara Kelantan dan team Singapore kot. Ohhh apakan daya, gagahkan juga. Kesian encik suami melayan kehendak mama ni. Hihi.

Jom review barang-barang yang dah di beli masa dekat mid haritu,




Ini barang keluaran Johnson's baby. Saya grab dua set memandangkan harganya agak murah dari biasa dan sebenarnya saya nakkan beg kuning tu. Bila buy two set or buy above than RM100 awak boleh dapat free beg kuning tu. Cantik tauu.




Beg ni comel tau sebab kat dalam tuh ada kocek kecik-kecik. Boleh letak sikat, minyak rambut, lotion and so on. Dalam tu ada portion kecik-kecik dan ada tempat nak masukkan towel sekali. Saya dah planning nak isi barang baby pergi hospital nanti. Yeyyy. Sorry sayang nak buka plastik tu. Haha.

Jom kita tengok set yang Johnson's baby promokan masa kat mid haritu..Jeng jeng..




Ok ini set mandian baby. Satu set RM70, itu harga promotion di mid. Dekat luar saya rasa mahal lagi. Saya memang gemar sangat dengan bau Johnson's baby. Bedak talkum sekarang pun saya memang guna bedak baby johson's juga.  Ini untuk satu set, ada shampoo, shower, baby oil, lotion, wet tissue and giftnya saya dapat lagi satu free tisu wet. Then encik suami cakap beli je dua set, apa lagi mama, mestilah senyum melebar..haha. So dapatlah empat wet tissue plus dengan free gift beg kuning tadi tu. Cukup untuk cover setahun. Ye dak?

Ini pula baby napkins dan swaddle wrap. Baby bottle wash tu saya dapat free dari fiffy. Memandangkan akak promoter fiffy tu cakap bila baby dah besar sikit, napkins tu dah tak muat, nanti kaki terjulur lebih, so dia cadangkan saya beli swaddle wrap. So saya ikut jela cakap dia kan tapi terfikir juga sebab sebelum ni anak-anak sedara saya semuanya just pakai baby napkins je. Takde masalah pulak. Emm takpe, beli jela. Tapi dalam otak planning nak tambah lagi swaddle wrap tu sebab comel sangat corak-coraknya. Harga boleh tahan mahal compare to napkins. Sobsobsob.




Baju fiffy ni saya beli tiga helai je, dua helai short sleeve dan sehelai long sleeve. Sebab bila beli tiga, jadi murah lagi. Promosi kann. Kita borong jelah. Comel sangat. Hari-hari encik suami pegang je baju anak kesayangan dia ni, sambil cakap 'bila la nak keluar anak ayah ni'. Make me melting u knowww   *.*

Rompers tu saya beli dekat Marissa Shoppe Full , siap stokin lagi. Tapi short sleeve je. RM40++ kot kalau tak salah. Cute habisss. Macam nak nangis tengok baju baby. Teruja betol. 




Ini pun saya beli di kedai Marissa Full Shoppe. Saya ni kan kaki google. So setelah google beribu-ribu page, cheewahh..saya pun buat keputusan beli botol baby brand MAM sebab katanya puting baby tu serasi dengan kebanyakan baby. Baby still rasa macam tengah minum susu ibu. Hope my little dalam perut ni accept botol susu ni, jangan nak ngade-ngade taknak pulak. Nanti mama cubit kang! Hehe.




Last week saya ke Manjaku dan sempat lagi borong pampers PetPet, aksesori baby like pengetip kuku, sikat rambut, cotton bud and sehelai baju keluaran anakku. Konon-konon nak window shopping je, tapi sebab dah tak tahan sangat dengan kecomelan semua barang baby, terpaksa keluarkan duit sikit. Kali ni ayah tak ikut, so duit mama la jawabnya. Oh myyyyy!

Lastly, masa dekat Shah Alam, saya ajak encik suami isi perut dulu. Tempat feberet masa studi dekat UiTM Shah Alam dulu-dulu..Sedap habaq hanggggg. Sapa tahuuu??




Nampak macam mabeles tak? Haha.



Encik suami bab makan lajuuuuu je dia ye. Berselera sungguh. Nak snap gambar sekeping dua pun susah giler. Apapun, terima kasih sayang untuk segalanya! Baby say 'thank you dady, i love u more'


Melting.
Bai.

May 14, 2015

ESP Shaklee dan kehamilan [Maintain my hb]

Assalamualaikum..


Untuk kali ini, saya nak berkongsi pengalaman sendiri consume ESP since dah pregnant ni. ESP atau nama lainnya Energizing Soy Protein adalah serbuk soya yang berunsurkan protein. Saya percaya sangat ramai yang dah kenal ESP, yang tak kenal pun pernah dengar kan tentang ESP tapi tak tahu apa itu ESP..ye dok?




ESP produk yang tersangat-sangatlah femes amos kalau awak semua tahu. Why? Kenapa femes sangat? Supplement je kan?

Yessss, ESP memang supplement yang mengandungi protein untuk pembentukan semula sel-sel kulit sihat dan seterusnya menjadikan kulit cerah, cantik bak semulajadi. Not overclaim but rata-rata customer akan bagi feedback yang cukup memberangsangkan. Almost of customer sukakan ESP sebab nak hilangkan jerawat, parut dan sebagai milk booster yang cukup berkesan kepada ibu menyusu sekiranya minum mengikut jadual yang di berikan.





ESP actually tak sama dengan soya yang kat luar either soya dalam tin or dalam kotak tu because apa, ESP ni adalah soya non-gmo. Apa maksud tu??

Non-gmo maksudnya dari starting pakar kajian tanam sehinggalah ke proses menghasilkan serbuk soya tu semuanya tanpa campuran bahan kimia, but semulajadi okeh. Genetik kacang soya tak di ubah but di kekalkan, thats why call natural. Soya yang biasa kita minum tu soya gmo yang diubah genetik masa proses. Shaklee buat satu program call IPP (Identify Preserved Program) untuk pastikan kacang soyanya adalah semulajadi dan bebas dari perubahan gentik. So fakta yang mengatakan kalau minum soya time pregnant nanti baby akan mudah dapat jangkitan penyakit kulit tu salah sebenarnya kalau untuk soya organik macam ESP ni. Better pilih soya organik yang betul-betul di sahkan ujian klinikalnya.

ESP selalu saya amalkan bersama sunquick sebab saya bukanlah seorang penggemar soya ye. Kalau nak tahu sebelum pregnant jangan harap saya nak sentuh soya, baunya saja dah buat nak muntah dan muntah. Tapi demi baby dalam tummy ni, mama dia terpaksa berkorban jiwa dan raga untuk tumbesaran baby. Asalkan anugerah Allah ni sihat, mama akan cuba buat apa saja. Hehe. ESP boleh juga di minum bersama milo, horlick, sunquick, blend dengan kurma dan banyak lagiiii. Memang sedap. Tapi the best is of course pure ESP without add pape, sebab takde tambahan gula and so on. So memang dapat benefit soya ni hundred percent youu. Lagi thumbs up!




For me, I choose ESP because it can help me to maintain my hb during pregnancy. Selain tu selama saya berpuasa dan bersahur dengan ESP, banyak sangat kelainannya. ESP dapat menahan saya dari lapar dan dahaga sampai petang tahuuu. Kurang rasa letih or lesu even tengah puasa pun. Perut takde nak bunyi-bunyi sangat kalau dah sampai waktu lunch tu. Part bestnya semakin lama consume ESP semakin lama perasan kulit dan wajah makin cerah, glowing merah-merah gitu dan parut pun cepat pudar. YES!! YES!!

Kalau terasa badan cepat lesu, cepat lemah, kulit kering dan pucat, takde tenaga bila bekerja, kurang berat badan, rambut pun tak terurus dan mudah gugur, susu badan menyusut, garis halus pada kuku, haaa... itulah tanda-tanda kita kekurangan protein. Cuba baca sini  Tanda Kekurangan Protein.

Kalau ibu hamil pula, kekurangan protein menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan janin. Ya Allah, kesiannya baby. Penghasilan susu juga akan berkurang. Emm semoga Allah sihatkan bayi dalam kandungan ni.




Boleh refer page ni ye untuk keterangan lanjut https://www.facebook.com/iCare.iShare.yourHealth.
See you soon. Got to go. Bai.


Note:  Hasil dari setiap consumer mungkin berbeza dan bergantung kepada tubuh badan individu tersebut. Sila konsult dengan pengedar anda untuk keterangan lanjut.


May 11, 2015

Hypnobirthing [Teknik kurangkan rasa sakit ketika contraction]

Assalamualaikum.

Tak terlewat lagi rasanya nak wish something special.

Selamat Hari Ibu for my Mak, I love you dunia akhirat mak.
Semoga Allah tempatkan Mak dan Ayah di syurga tertinggi kelak. Aminn
Selamat Hari Ibu buat my MIL, you're the best ever MIL. Very caring, very funny and very garang too. Heee. Terima kasih sebab melahirkan seorang anak, suami saya yang sangat penyayang. 
Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-Ibu kat dunia ni &
Selamat Hari Ibu buat semua bakal-bakal Ibu include myself.
Still fighting and counting to become a mum to be. Tik tokkk tik tokkk. Dup Dap..dup dapp


Mama is already 26 weeks. Perut makin ke depan dah.


Korang tahu tak apa itu "Hypnobirthing"? 

Ini bukan birth-birth celebrate ye, ini khas untuk ibu-ibu yang tengah pregnant. Semua preggy women mesti ada satu perasaan yang scary sangat bila terbayangkan masa nak bersalin nanti kan? Lagi kan pulak anak first like me, zero experience, tau-tau je orang cakap, nanti rasa la macam mana nak putus pinggang, nak putus nyawa. Eh eh engko, itu tambahkan lagi kengerian aku nak bersalin nanti. Gila tak takut. Mesti terbayang macam-macam dah. Sob sob sob..

Takpe takpe, macamana takut sekalipun, baby ni mesti nak keluar juga nanti. Nak jumpa mama dan papa kan? Ehh papa ke? Hihi. Saya gagahkan diri untuk berfikir rasa sakit masa bersalin tu nak tak nak memang kena hadap, keep pray to Allah dan dalam masa yang sama kita tambahkan ilmu lagi, google or buy book tentang proses or teknik menghadapi contraction yang amatlah menyakitkan nanti. Mana tau kan tetiba dapat kurangkan rasa sakit nanti dengan izin Allah..Hope saya takde dalam kategori yang menjerit-jerit masa contraction nanti. Uhhhh


Ya Allah, permudahkanlah hari aku bersalin nanti, percepatkan rasa kontraksi nanti, kurangkan penderitaan kesakitan yang tak tertanggung ketika melahirkan anak dan Engkau selamatkan aku dan anak yang bakal lahir nanti. Amin.


Ok berbalik tentang hypnobirthing, actually saya pun tak tahu apa ke bendanya tuh. Mula dari sorang kawan yang cukup rapat since UiTM dulu, give me some info bout hypnobirthing. Apa lagi, saya mula la mengexplore dan explore memandangkan internet kat ofis ni laju, tambah pulak keje takde, haaaa...manfaatkan masa yang ada, okeh!

Bila baca dan baca terasa sangat nak apply la, very interesting, dan terbaca satu entry pengalaman dari blog ni.. Klik sini okayy..untuk sape yang nak baca jeee  .

Beliau apply teknik hypnobirthing semasa contraction berlaku, dan apa yang jadi, 4 jam je beliau sakit kat rumah lepastu pergi hospital terus bersalin and tak sampai 1 jam kat sana. Alhamdulillah. Allah mudahkan. Tapi this teknik actually di syorkan 2 3 minggu before EDD dah kena praktis supaya dah tahu macam mana nak kawal pernafasan and so on. 

Btw kalau pergi ke kelas hypnobirthing lagi better so that easy to understand dari baca buku or google. Jenuh kau nak faham sebetulnya. Tapi takpe, asal dah praktis lama-lama mesti tahuu. Ok, nak cubalahhh tapi nak ke kelas tu tak tahu lagi ada kesempatan or tak. Hmmm. Harga buku ni around RM70++ kot kalau tak salah. Sape interested cubalah cari ye.





Meh kita share tentang hypnobirthing. Dedicated to all preggy women and TTC women,


Hypnobirthing. Teknik Bersalin Tanpa Sakit

3 Jenis Teknik Breathing


Sleep breathing

Tarik nafas 1-10 dan lepaskan dalam kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk supply oksigen yang cukup kepada baby. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan jadi gelabah dan takut. Jadi cuba bertenang bila contraction datang.

Baloon breathing

Tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon, tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan kedalam belakang tekak kita seperti  dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga. 
Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze). Ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan dan melambatkan kelahiran.
Fikirkan LET IT GO! LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.
Facial expression: muka jangan berkerut. Rahang kita ada kaitan dengan pembukaan serviks kita. Buat muka ketat, serviks kita pun akan mengetat. Muka senyum.
Bila surge tu datang, aku akan tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ku kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation.
My body is strong! i am strong mother! My baby is good!

Birth breathing

Tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 1-20 dan lepaskan kedalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit.Cubalah! pasti tak buasir .
Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.

Jangan Takut

Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dimomokkan dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormonEndorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.

SOALAN YANG KERAP DITANYA

Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?

  • Hasil google dari blog-blog
  • Website
  • Gentle birthing
  • Buku parenting

Siapa yang support aku pasal hypnobirthing?

  • Suami. Pada mulanya dia pun tak faham, bila dah selalu bercerita baru lah dia boleh membayangkan. Aku target sakit bersalin dalam masa 4 jam. Tecapai. (4 jam dari active labour hingga bersalin)
  • Diri sendiri. Kemahuan yang kuat untuk bersalin dalam masa yang singkat .

Apa rahsia tak rasa sakit?

  • Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
  • hormon endrorphin – mengurangkan rasa sakit.

Pantang larang hypnobirthing?

  • dont fight with your body.
  • Dont freeze. Let it go.
  • Dont practise last minute. Tak kan jadi. It’s all about mindset

Apakah faedah hypnobirthing?

  • Minimakan risiko di c-zer.
  • Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
  • Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
  • Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
  • Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
  • Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.
Lain-lain info kat sini,


Part yang bestnya bila apply teknik ni, si ibu akan feel relax je masa tengah bersalin, dan anak yang akan keluar tu pun akan turut rasa relax and calm nak jumpa ibu ayah dia. Semoga Allah izinkan hajat di hati. Let it gooo..Let it gooo...macam kena nyanyi lagu frozen pulak. Heee.




Semoga bermanafaat! Bai. Pray for preggy woman :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...