Salam Jumaat.
Since dah genap 7 months pregnancy, rasanya memang dah patut saya sediakan kelengkapan si tecit ni sikit-sikit. Mama & ayah dia bukan orang berada sangat, so terpaksalah beli sikit-sikit. Takpe demi awak ye sayang....
Baru-baru ni saya dan encik suami bershopping ala kadar di expo mummy and baby dekat mid valley. Kitorang pergi hari Ahad so nak cakap tak ramai, ramai jugak dan memandangkan haritu last day memang orang berpusu-pusu la datang situ.
So far, barangnya banyak promotion and banyak jugak free gift yang dorang kasi bila membeli barangan tertentu. Naik lenguh kaki saya ni asyik tiga empat kali berpusing-pusing kawasan situ. Tapi hati berbunga-bunga bila tengok barang baby. Rasa melt je, bila la si tecit ni nak keluar. Mama dah tak sabar ni sayang. Tapi mama nak awak keluar cukup 9 bulan ye sayang.
Setakat hari ini, dah terkumpul banyak ni. Semua kepunyaan budak kecik dalam perut mama ni. Kalah mama dengan ayah tau. Tapi ini bukan semua borong dekat mid, saya ada ke kedai baby shah alam, Marissa Shoppe Full . Kedai tu barangnya lebih murah berbanding kedai baby lain. Sanggup hadap jam dari Ampang ke Shah Alam. Bertambah-tambah jammed bila tersilap hari! Mana taknya, itulah hari perlawanan bola sepak antara Kelantan dan team Singapore kot. Ohhh apakan daya, gagahkan juga. Kesian encik suami melayan kehendak mama ni. Hihi.
Jom review barang-barang yang dah di beli masa dekat mid haritu,
Ini barang keluaran Johnson's baby. Saya grab dua set memandangkan harganya agak murah dari biasa dan sebenarnya saya nakkan beg kuning tu. Bila buy two set or buy above than RM100 awak boleh dapat free beg kuning tu. Cantik tauu.
Beg ni comel tau sebab kat dalam tuh ada kocek kecik-kecik. Boleh letak sikat, minyak rambut, lotion and so on. Dalam tu ada portion kecik-kecik dan ada tempat nak masukkan towel sekali. Saya dah planning nak isi barang baby pergi hospital nanti. Yeyyy. Sorry sayang nak buka plastik tu. Haha.
Jom kita tengok set yang Johnson's baby promokan masa kat mid haritu..Jeng jeng..
Ok ini set mandian baby. Satu set RM70, itu harga promotion di mid. Dekat luar saya rasa mahal lagi. Saya memang gemar sangat dengan bau Johnson's baby. Bedak talkum sekarang pun saya memang guna bedak baby johson's juga. Ini untuk satu set, ada shampoo, shower, baby oil, lotion, wet tissue and giftnya saya dapat lagi satu free tisu wet. Then encik suami cakap beli je dua set, apa lagi mama, mestilah senyum melebar..haha. So dapatlah empat wet tissue plus dengan free gift beg kuning tadi tu. Cukup untuk cover setahun. Ye dak?
Ini pula baby napkins dan swaddle wrap. Baby bottle wash tu saya dapat free dari fiffy. Memandangkan akak promoter fiffy tu cakap bila baby dah besar sikit, napkins tu dah tak muat, nanti kaki terjulur lebih, so dia cadangkan saya beli swaddle wrap. So saya ikut jela cakap dia kan tapi terfikir juga sebab sebelum ni anak-anak sedara saya semuanya just pakai baby napkins je. Takde masalah pulak. Emm takpe, beli jela. Tapi dalam otak planning nak tambah lagi swaddle wrap tu sebab comel sangat corak-coraknya. Harga boleh tahan mahal compare to napkins. Sobsobsob.
Baju fiffy ni saya beli tiga helai je, dua helai short sleeve dan sehelai long sleeve. Sebab bila beli tiga, jadi murah lagi. Promosi kann. Kita borong jelah. Comel sangat. Hari-hari encik suami pegang je baju anak kesayangan dia ni, sambil cakap 'bila la nak keluar anak ayah ni'. Make me melting u knowww *.*
Rompers tu saya beli dekat Marissa Shoppe Full , siap stokin lagi. Tapi short sleeve je. RM40++ kot kalau tak salah. Cute habisss. Macam nak nangis tengok baju baby. Teruja betol.
Ini pun saya beli di kedai Marissa Full Shoppe. Saya ni kan kaki google. So setelah google beribu-ribu page, cheewahh..saya pun buat keputusan beli botol baby brand MAM sebab katanya puting baby tu serasi dengan kebanyakan baby. Baby still rasa macam tengah minum susu ibu. Hope my little dalam perut ni accept botol susu ni, jangan nak ngade-ngade taknak pulak. Nanti mama cubit kang! Hehe.
Last week saya ke Manjaku dan sempat lagi borong pampers PetPet, aksesori baby like pengetip kuku, sikat rambut, cotton bud and sehelai baju keluaran anakku. Konon-konon nak window shopping je, tapi sebab dah tak tahan sangat dengan kecomelan semua barang baby, terpaksa keluarkan duit sikit. Kali ni ayah tak ikut, so duit mama la jawabnya. Oh myyyyy!
Lastly, masa dekat Shah Alam, saya ajak encik suami isi perut dulu. Tempat feberet masa studi dekat UiTM Shah Alam dulu-dulu..Sedap habaq hanggggg. Sapa tahuuu??
Nampak macam mabeles tak? Haha.
Encik suami bab makan lajuuuuu je dia ye. Berselera sungguh. Nak snap gambar sekeping dua pun susah giler. Apapun, terima kasih sayang untuk segalanya! Baby say 'thank you dady, i love u more'.
Melting.
Bai.