Assalamualaikum.
Tak terlewat lagi rasanya nak wish something special.
Selamat Hari Ibu for my Mak, I love you dunia akhirat mak.
Semoga Allah tempatkan Mak dan Ayah di syurga tertinggi kelak. Aminn
Selamat Hari Ibu buat my MIL, you're the best ever MIL. Very caring, very funny and very garang too. Heee. Terima kasih sebab melahirkan seorang anak, suami saya yang sangat penyayang.
Selamat Hari Ibu buat semua Ibu-Ibu kat dunia ni &
Selamat Hari Ibu buat semua bakal-bakal Ibu include myself.
Still fighting and counting to become a mum to be. Tik tokkk tik tokkk. Dup Dap..dup dapp
Mama is already 26 weeks. Perut makin ke depan dah.
Korang tahu tak apa itu "Hypnobirthing"?
Ini bukan birth-birth celebrate ye, ini khas untuk ibu-ibu yang tengah pregnant. Semua preggy women mesti ada satu perasaan yang scary sangat bila terbayangkan masa nak bersalin nanti kan? Lagi kan pulak anak first like me, zero experience, tau-tau je orang cakap, nanti rasa la macam mana nak putus pinggang, nak putus nyawa. Eh eh engko, itu tambahkan lagi kengerian aku nak bersalin nanti. Gila tak takut. Mesti terbayang macam-macam dah. Sob sob sob..
Takpe takpe, macamana takut sekalipun, baby ni mesti nak keluar juga nanti. Nak jumpa mama dan papa kan? Ehh papa ke? Hihi. Saya gagahkan diri untuk berfikir rasa sakit masa bersalin tu nak tak nak memang kena hadap, keep pray to Allah dan dalam masa yang sama kita tambahkan ilmu lagi, google or buy book tentang proses or teknik menghadapi contraction yang amatlah menyakitkan nanti. Mana tau kan tetiba dapat kurangkan rasa sakit nanti dengan izin Allah..Hope saya takde dalam kategori yang menjerit-jerit masa contraction nanti. Uhhhh
Ya Allah, permudahkanlah hari aku bersalin nanti, percepatkan rasa kontraksi nanti, kurangkan penderitaan kesakitan yang tak tertanggung ketika melahirkan anak dan Engkau selamatkan aku dan anak yang bakal lahir nanti. Amin.
Ok berbalik tentang hypnobirthing, actually saya pun tak tahu apa ke bendanya tuh. Mula dari sorang kawan yang cukup rapat since UiTM dulu, give me some info bout hypnobirthing. Apa lagi, saya mula la mengexplore dan explore memandangkan internet kat ofis ni laju, tambah pulak keje takde, haaaa...manfaatkan masa yang ada, okeh!
Bila baca dan baca terasa sangat nak apply la, very interesting, dan terbaca satu entry pengalaman dari blog ni.. Klik sini okayy..untuk sape yang nak baca jeee .
Beliau apply teknik hypnobirthing semasa contraction berlaku, dan apa yang jadi, 4 jam je beliau sakit kat rumah lepastu pergi hospital terus bersalin and tak sampai 1 jam kat sana. Alhamdulillah. Allah mudahkan. Tapi this teknik actually di syorkan 2 3 minggu before EDD dah kena praktis supaya dah tahu macam mana nak kawal pernafasan and so on.
Btw kalau pergi ke kelas hypnobirthing lagi better so that easy to understand dari baca buku or google. Jenuh kau nak faham sebetulnya. Tapi takpe, asal dah praktis lama-lama mesti tahuu. Ok, nak cubalahhh tapi nak ke kelas tu tak tahu lagi ada kesempatan or tak. Hmmm. Harga buku ni around RM70++ kot kalau tak salah. Sape interested cubalah cari ye.
Meh kita share tentang hypnobirthing. Dedicated to all preggy women and TTC women,
Hypnobirthing. Teknik Bersalin Tanpa Sakit
3 Jenis Teknik Breathing
Sleep breathing
Tarik nafas 1-10 dan lepaskan dalam kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk supply oksigen yang cukup kepada baby. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan jadi gelabah dan takut. Jadi cuba bertenang bila contraction datang.
Baloon breathing
Tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon, tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan kedalam belakang tekak kita seperti dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga.
Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze). Ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan dan melambatkan kelahiran.
Fikirkan LET IT GO! LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.
Facial expression: muka jangan berkerut. Rahang kita ada kaitan dengan pembukaan serviks kita. Buat muka ketat, serviks kita pun akan mengetat. Muka senyum.
Bila surge tu datang, aku akan tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ku kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation.
My body is strong! i am strong mother! My baby is good!
Birth breathing
Tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 1-20 dan lepaskan kedalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit.Cubalah! pasti tak buasir .
Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.
Jangan Takut
Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dimomokkan dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormonEndorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.
SOALAN YANG KERAP DITANYA
Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?
- Hasil google dari blog-blog
- Website
- Gentle birthing
- Buku parenting
Siapa yang support aku pasal hypnobirthing?
- Suami. Pada mulanya dia pun tak faham, bila dah selalu bercerita baru lah dia boleh membayangkan. Aku target sakit bersalin dalam masa 4 jam. Tecapai. (4 jam dari active labour hingga bersalin)
- Diri sendiri. Kemahuan yang kuat untuk bersalin dalam masa yang singkat .
Apa rahsia tak rasa sakit?
- Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
- hormon endrorphin – mengurangkan rasa sakit.
Pantang larang hypnobirthing?
- dont fight with your body.
- Dont freeze. Let it go.
- Dont practise last minute. Tak kan jadi. It’s all about mindset
Apakah faedah hypnobirthing?
- Minimakan risiko di c-zer.
- Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
- Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
- Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
- Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
- Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.
Lain-lain info kat sini,
Part yang bestnya bila apply teknik ni, si ibu akan feel relax je masa tengah bersalin, dan anak yang akan keluar tu pun akan turut rasa relax and calm nak jumpa ibu ayah dia. Semoga Allah izinkan hajat di hati. Let it gooo..Let it gooo...macam kena nyanyi lagu frozen pulak. Heee.
Semoga bermanafaat! Bai. Pray for preggy woman :)
saya doakan akk dengan baby ok nanti. fighthing ! :)
ReplyDeleteThank you dearr. Fightinggg! :)
Deleteakak makin cantik sejak ada baby! serinya wajah..hu6 apa2 pun semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan.amin....
ReplyDeleteAmin. Tq dikk. Haha..berseri2 kat mana tuh? perut muncit jee. :P
Deletehai miss ruby! tq sudi jln2 kt blog ana. wahhh besnye mommy to be! kwn kerja ana pun preggy jugak tp baru masuk 11 minggu hehe. moga mommy & baby miss ruby sihat2 aje hehe :)
ReplyDeleteHaiii ana. Oh suruh kawan ana tu take care yee..baru2 kena jage diri bebaik. Tq dear. wish u healthy too :)
Delete