photo wedd.png photo preggy.png photo cs.png photo shaklee.png photo fb.png photo ig.png
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

April 10, 2011

Episod mengingat diri-sendiri : Fasa kanak-kanak, remaja, dewasa, tua__________noktah.


Kekadang hidup nih terlalu singkat, bila keje berlungguk, mase berehat takde, rasa penat berkilo-kilo, dari kanak-kanak riang menjadi si tua berkedut....dan tiba-tiba ajal dah sampai. Singkatnya hidup nih.

Terkenang pulak hayat masa hidop.Apa aku dah buat? Betol ke apa yg aku dah dah buat dengan hidop aku? Banyak pulak soalan bertalu-talu. Kalau dapat jawab pun, cikgu tanak kasi full mark ea!

Hidup subjektif, bila kita ada pilihan nak corakkan hidop sendiri, itu adalah peluang keemasan! Terpulanglah ada yg nak hidop yg sempurna, ada yg pilih masuk jail, ada yg surrender, ada yg benar-benar hidop untuk kotakan janji dengan Tuhan sebelum roh d tiupkan dahulu, dan..... ada yg maseh tak tahu utk apa dia di hidopkan.

Bermula dengan episod kanak-kanak. Apa yg di buat suma maseh di anggap perkara kecik bagi seorang kanak-kanak. Maseh dilayan bagai putera dan puteri raja. Kakak besar usik, mummy tetap setia menyokong adek kecil. Abang besar berebut mainan, adek kecik stil mendapat pelukan ibu. A B C tak pandai eja, bila mumy ajar, adek kecik cakap mummy salah, bukan macam tu. Mummy nie bodohla. Kakak rasa nak tumbuk jer adek bila sebut bodoh tuh. Mummy tegah, mummy cakap tak ape, die tak paham lagi. Kecik lagi budak tuh. Bila besar, dia jadi besarla mummy! Besar kepala!

Tetiba cerita remaja bermula tanpa di sedari. Mula la episod surat menyurat, sms, calling-calling, i lup u abg, u lup me syg. Honeymoon phase. Tak terkecuali jugak yg berjinak-jinak dengan asap-asap penyakit, nak ubat tensen tp masukkan racun dalam badan. Kalau ibu bapa busy menggiler, anak-anak lagi menggiler waktu-waktu 'kritikal' nih. Tapi ada jugak yg jadi penyejuk ibu bapa, punca pengeluaran air mata berjela-jela bila mummy daddy say, Tahniah my baby boy. Alhamdulillah syg, ma n pa bangga! Tetiba posmen kacau line, bunyi hon motor dengan kuat, tanda kamu dah berjaya dapat surat tawaran ke menara gading. Ibu peluk kuat-kuat. Abah belikan kereta sebagai hadiah. Tahniah!

Okei, lepas jerk fasa remaja, terus dapat panggilan anak dara, anak teruna. Bila nak kawen? Esok, makngah. Jangan tak datang. Normal. Takde sape pun terkecuali. Tak pun soalan femes, Dah habes belajar? Kije ape sekarang? Kalau jawab tak kije, satu kampung nanti pandang sinis, ehh anak kak tipah tu balek blaja dari oversea sampai skang takde kije taw. Ntah lulus ke tidak tuh. Pak Ali jual ikan tuh geleng kepala jerk. Dunia, sesi mengumpat tuh wajib. Kalau tak, tak harmoni la kan. Tak kurang jugak yg duduk n berdirinya tinggi. Orang nak pandang pon takot. Tetiba jadi wakil rakyat, jage kebajikan rakyat. Terima Kasih. Harap jujur dalam tanggungjawab anda ea. Ohh tak lama lagi menjelang pilihanraya kan. Ok ok nt sy undi anda. Suri rumah yg dah kawen, baby yg lahir pulak kiut, comel macam mamanya, hitam manis macam papanya, itu tanda fasa nih kamu dah lepas. Semoga bahagia! Sy? Jangan tanya la. Maseh belum. Tapi umur dah nak masuk fasa tua kerepot nih. Erkkk!

Bila diri dah jadi warga emas, masa nielah anak-anak jadi teman sementara masih ada nyawa untuk hidop. Yg sakit, stroke, hospital dah jadi rumah kedua, eh pertama kot. Masa nie almost nak cari n tambahkan amal. Sebab dah sedar diri dah di fasa terakhir. Wang, harta sume tak penting dah. Padahal dulu dengan mak bapak pun engko bekire nak kasi duwet. Baru nak bayar khairat kematian. Ahhh normal. Mmg manusia macam tuh. Masa muda rasa macam malaikat maut jauh jerk, bila tua setiap ayat tuh sebut nak mati. Padahal Allah dah beri peringatan ajal bila-bila masa jerk. Asal tak bersedia dari awal?

Saat ajal tiba, di kapan dan d di sembahyangkan dengan sempurna. Masa tuh agak-agak terpikir ke tak, ruginya peluang hidop yg Allah berikan tapi tak di isikan dengan berhikmah? Tapi takde gunanya lagi. Saat tuh, 3 langkah manusia pulang, Malaikat datang, mungkin di pukul n mungkin ada yg tidor lena d sana. Sape tahu kan? Wallahualam.

Bergado, bertumbuk, bermusuh, tak bertegor sapa, dengki mendengki, dendam, bongkak, riba, menipu, clubbing, berzina, berkapel, derhaka.....itukah perkara yg diisi semasa hayat ini? 

Moral of the story, isikan hidop ini dengan sebaik-baiknya. Enjoy, tapi biar diri kenal dulu hukum-hakam yg ada. Tak boleh men belasah jerk.


Jom, renungkan apa yg terbaik telah di lakukan sepanjang hidop sementara maseh diberi kesempatan ini.


Saya yg maseh belum sempurna.
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...