"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

November 21, 2011

Cerita semalam.

Assalammualaikum..

Cerita semalam menjengah.

Aku cuba tutup rapat-rapat. Aku simpan kemas-kemas. Aku taknak simpan, tapi dah takde tempat nak buang. Takpe, aku dah lock!

Cerita semalam buat aku tertanya-tanya. Yang mana pengajaran, yang mana penyesalan? Aku hitung, darab tambah tolak bahagi. Aku dapat 10. Ya, sebijik sama; 5x2=10 dan 2x5=10. Tak paham? Hmm tak mengapa.

Itu bila aku subjek kan dalam add math. Kalau dalam subjek sejarah, cerita semalam menjadi suatu memori. Mungkin agak perjuangan. Tapi perjuangan dalam kehidupan. dan mungkin agak ada peperangan disitu. Tapi peperangan dalam menghadapi maksud kehidupan. Ya, untuk subjek itu, mungkin aku diberi markah 80 bersamaan dengan grade A dan CGPA 3.5!

Fizik, kima, biologi termasuk jugak ke? Mungkin boleh.
Cerita semalam terjadi apabila semua rumusan aku kaitkan. Ada suatu masa aku lupa diri, aku campurkan semua jenis asid dan alkali. Barangkali ada yang boleh membawa kepada kesembuhan, dan barangkali mungkin fail! Tapi yang pasti, aku create suatu pengajaran dari pengalaman di situ. Disini, susah untuk diberi markah A dan kebanyakannya lebih berminat untuk grade C atau B saja. dan itu termasuk aku.

Apa yang pasti, cerita semalam adalah perjalanan yang direncanakan oleh Dia. Untuk subjek pendidikan Islam, mungkin aku lulus dengan cemerlang dan mungkin aku antara yang di belakang membawa grade yang berwarna merah.
Mungkin ramai yang cemerlang dalam subjek, tetapi tak mungkin ada yang akan cemerlang dalam subjek kehidupan.
That is the fact of the real life!
dan...mungkin ini bakal menjadi cerita semalam di suatu saat aku sudah tiada di bumi Allah.


P/s: My memories often sound to be great but sometimes in once time it'd become so pity...
Because of me too.

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...