photo wedd.png photo preggy.png photo cs.png photo shaklee.png photo fb.png photo ig.png
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

October 5, 2010

kosong.sepi.sunyi.

Entah kenapa, tiba-tiba datang semula perasaan nie. Sy tak nak berjiwang tp ini sebenarnya apa yg sy rasa.

KOSONG.SEPI.SUNYI.

Kenape yeaa??


Yang pastinya, sy penat, letih, dan masih tak larat nak tanggung sume nie. Sy pkir sy dah berjaya, rupanya masih belum. Dan secara tiba-tiba perasaan aneh nie muncul menjenguk sy kembali. Kenapa??

Sy rasa sy maseh belum kuat...Tuhan, kenapakah ini? Sy penah rasa tenang dan begitu aman sekali tp sekarang kenapa perasaan ini mula menganggu hidup sy semula. Sy makin lemah, lemah dan terus lemah..
Kepada siapa lagi sy harus mengadu...Tuhan, sy penat. Layakkah sy bercakap seperti ini?

Ketika terasa diri mahu mencapai bahagia, kenapa tiba-tiba ia datang semula. Sungguh, sy tdk paham apa sebenarnya yg telah terjadi. Sy tak paham sebenarnya apa yg dimahukan. Benarkah ini hidup sy? Terlalu sukar. Sukar untuk difahami..dan...bg sy sukar untuk diteruskan..seolah-olah sy mahukan hidup sy terhenti setakat ini. Biar nadi ini berhenti berdenyut. Inilah perasaan sy sebenarnya. Sy letih. Tuhan, sy benar-benar letih.

Benar, ini takdir sy. Sy harus redha. Tapi sy manusia, kadang-kadang sy terlalu cepat mengharap dan terlalu cepat melupakan sy hanya hambaNya dan milikNya. Sy terlupa bukan sy yg merencanakan peraturan hidup ini.Saya terleka dengan kenikmatan yang sy sgt harapkan. Sy lemah, sangat lemah, tp sape yg akan bantu sy untuk bangkit kembali?? Saya sunyi.....sape yang dapat berikan kehidupan sy semula?? kenapa sy mesti hidup dalam jiwa yang kosong.sunyi.mmg tiada jawapan. KOSONG.SUNYI.SEPI.

Tuhan....sy terlalu penat untuk terima semua ini. Sy akui sy terlalu lemah dan tak mampu untuk meneruskan kehidupan ini lagi. Kenapa ianya terlalu sukar.......sy harus redha, tp jiwa sy memberontak...lalu sy tercari-cari sbenarnye ape yg sy mahukan dalam hidup ini. Sehingga tika dan saat ini, sy langsung tiada jawapan.

Jika sy ade kudrat, hanya 1 yg sy akan pinta. Hentikan sume ini. Namun hanya hati yg dapat berkata-kata. Layakkah sy sebagai hamba yg hina untuk meminta berbagai-bagai sedangkan DIA mmg telah berjanji 'hidup ini bukan untuk bersenang-lenang, DIA akan berikan ujian untuk setiap hambanya..beruntunglah orang-orang yang bersabar..'

Saya tersenyum. Inilah ujian sy yg sgt besar sehingga sy kadang-kala terasa mahu duduk dan tidak akan bangkit kembali. Saya tersenyum bila sy sedar SYURGA ganjarannya bila sy terus berdiri dan bersedia untuk terima setiap takdirNya dengan yakin. Tp, mungkin hanya seketika. Sy mudah letih. Benar. Letih sy membuatkan jiwa sy kosong, hidup sy sepi, seolah-olah sy bersendirian dan sunyi.

Sudikah kamu mencari sy dan memimpin tangan sy untuk sy bangun kembali? Kerana sy memang sudah terduduk di sebuah padang yg tiada siapa.Tanpa makanan.Tanpa apa.Sunyi sekali.Sy menunggu seseorang yg sudi memimpin sy untuk bangkit kembali bersama jasad yg baru. Sy tunggu.

Jawapan; mungkin ada n mungkin tiada. Mungkin noktah hanya di sini.


Tuhan......apekah ini sebenarnya.......sy mahu menangis.

2 comments:

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...