photo wedd.png photo preggy.png photo cs.png photo shaklee.png photo fb.png photo ig.png
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

September 27, 2010

3 Perjalananku dalam mencari makna bahagia~~

Bingkisan permulaan sebagai penyeri...
Hanya sekadar mengisi jiwa yg dahaga...

Buat adik-adikku di luar sana
Rasailah kebahagiaan yang sememangnya milik kamu
Sebelum kelak kamu akan merasa betapa deritanya dunia ini sebenarnya...

Buat adik-adik remajaku yang terlalu berbahagia ketika ini
Ingatlah kamu bahagia yang dicipta itu biarlah bahagia yang dapat mengisi kedahagaan jiwamu
Justeru kamu akan mengerti bagaimana untuk menghargai kebahagiaanmu itu setelah ia pergi.......

Buat saudara dan saudari rakan seangkatan seperjuangan
Saya percaya, kalian sentiasa merintih
"Ya Tuhan, berikan aku sedikit kebahagiaan setelah derita berpanjangan yang kulalui ini"
Nasihatku cuma satu
Usahlah kecewa untuk apa yang telah berlaku, usahlah bersedih untuk setiap kesakitan itu dan usahlah berputus asa untuk terus memohon
Kerana sememangnya kita telah ditakdirkan untuk diuji ketika usia sebegini menjengah
Kerana inilah takdir akan membawa kita mengenal apa itu erti hidup
Kelak bila kita terjatuh, generasi menyusul akan tahu cara untuk bangkit setelah ia terjatuh

Buat sang suami yang berjaya membahagiakan isteri-isterimu
Tahniah..Terima kasih kerana kalian insan-insan yang soleh
Yang benar-benar menjadi imam kepada kaumku
Berbahagialah kalian di dalam doaku.......

Buat sang isteri yang sentiasa merasa bahagia
Terimalah kebahagiaan itu yg memang tertulis untuk kamu
Kerana berupaya menganyam bahagia buat suamimu tanpa derita walau sedikit pun
Doaku.....semoga kalianlah yg bakal melahirkan zuriat yang lebih membahagiakan....

Saudari....
Berbahagialah anda kerana anda adalah wanita paling bahagia di dunia ini
Anda masih mampu tersenyum ketika dunia ini semakin bergoyang......

~~hasil nukilan di waktu kebuhsanan mengstudi-~~~


Terima kasih kepada rakan seperjuangan sy dalam dunia belog nie kerana telah mengembalikan mud sy untuk berbelog...agak lama saya menanti-nanti mud untuk menulis, namun tak jgk kunjung tbe...tp tbe-tbe je hari nie berkat membaca belog kawan-kawan, terus idea nak berbelog mencurah-curah...agak bz malam nie menyiapkan assgnment+mengstudi untuk test besok, tp kegilaan untuk menulis lebih dari segalanya untuk malam ini....inilah sy...sy pon tak paham....wingwing!!~~

Kita bercakap tentang bahagia...inilah mud saya ketika ini...MAHU BAHAGIA!!
Sy ingin ciptakan kebahagiaan untuk jiwa sy yg dah agak tak bahagia...dalam perjalanan mencari bahagia nielh, sy nak sharekan sedikit ilmu yang sy kutip entah dari mana...datang dengan sendirinya...tnpe sy sedari...waallahualam...


3 PERJALANAN KE PINTU KEBAHAGIAAN


i)  Datanglah cinta, aku merayu
    
'Kakanda, adinda akan sentiasa mencintai kakanda..kakandalah yg dinda paling
     sayang'......

    ooopsssss....jgn salah sangka...dis is not i mean,OK!! Ini cinta manusia yang sering membawa kepada
    derita, derita kerana apa?? kerana cinta manusia yang mencipta dosa....
    Jgn terlalu taksub dengan cinta manusia, sayang...taksublah dengan cinta yang satu, cinta Murabbi...
    Bahagia sayang...mmg bahagia.

PERJALANAN PERTAMA :
Cintailah Allah lebih dari segala-galanya, nescaya Allah akan mencintai kita lebih dari kita mencintaiNya..Cintailah Allah, pupuklah cinta kepada Allah...menangislah kamu kerana terlalu ingin mendekatiNya...di akhir hayat kita akan tersenyum kerana kita akan kembali kepada kekasih kita...

Bila cinta itu mekar di hati kita, mana mungkin kita akan derita...pasti bahagia yang mengisi jiwamu..dan setiap kali Allah datangkan ujian kepada kita, kita hanya akan ucapkan ALLAHUAKBAR. Tiada rungutan di luar mahupun di hati. Akal berkata kepada hati, yakinlah Allah sayangkan sy, dan sy bahagia dengan ujian ini walaupun hakikatnya perit untuk di telan...Itu sebenarnya BAHAGIA yang sy mahu.



ii)   Kasih dan sayang..kemana kamu??
        
"Ape pandang-pandang?? Ade utang ke??"

       Wahhh...sombong sungguh orang-orang ini ya...nak pandang sikit pon die tak kasi..

PERJALANAN KEDUA :
Saya dan kamu ade hati, ade perasaan..ade kasih sayang...mahu bahagia, tp ape salahnye?? Ting tong~~

De answer is......where is ur caring..lurving...snowing..yoying..moying..ehh terlajak sudah...Wut i want to say is dimanakah kasih sayang kamu sesama saudara??
Mana kamu bila melihat orang yang kesusahan..orang yang memerlukan pertolongan...mana kamu?? mana saya??

Jawapan kita selalunye 'biarlah dia, bukan de kne mengena dengan idop kite pon..penat-penat nak amek taw hal die watpe'   warghhh..glerr sombong!!

Sayang....kalau hidup takde kaseh sayang, hancurlah bumi nie...org buang anak pon kita tadek perasaan, orang bunuh orang pun kita rase, arghh lantaklah...mahukah hidup begitu..sy tak mahu!! kamu tentu tak mahu jgk..pelik la ttbe jawab mao..haha~~

N now, change the attitude...kalau jmpe orang even tak kenal pon, senyumlah..dapat pahala kan...tak pyhlah susa payah buat muka pelik, bajet cun, bajet anak jutawan, bajet tip top, muka toya, muka along ke n sewaktu dengannya.....saya, awak, kamu,anda...diciptakan untuk berkaseh sayang..not juz for ur boipren, makwe, tp untuk sedara sesama islam dan jugak bukan islam...

N de important things is bila hadirnya nilai kaseh dan sayang sesama insan, bila kita dapat membantu seorang tua melintas jalan..dengan bangganya kita akan bercakap "AKU BAHAGIA KERANA RUPANYA INILAH AKU..AGAK BAEK" (sambil tersengeh..=P ) dan si tua akan berdoa di dalam hati "AKU BAHAGIA SEKIRANYA DIA ADALAH ANAKKU...TUHAN, RAHMATILAH ANAK INI"...

Alhamdulillah..hari ini kita berbahagia kerana menolong orang, esok kita berbahagia kerana doa si tua telah termakbul..lantas kita akan tersenyum bahagia........



iii)  Hatiku, bahagialah kamu kerana aku sangat ingin bahagia...

"Ishh...bencilah die nie...benci,benci,benci!!!"
     
          Amboiii...benci ape tu dik?? sat lagi hang yg orang lg benci kot..ahaksss

PERJALANAN KETIGA :
Saket hati.Makan hati.Ulat hati.Beruk hati.Ehh ade ke?? hahaha hahaha~~

Sebenarnye, bersihkan hati...caranya bagaimana? Satu : Ambik cermin. Dua : toleh kiri dan kanan..nak make sure line clear..   Tiga : cakap depan cermin "oihh comei jgk aku nie..anak sapa nie"  pastue opcoz kita akan tersenyum bahagia......betoi tak?? haha..selalu gak sy wat cmnih..

alamakkkk..kantoiii...debushhhh!!! padan muka~~ (^_6)

Emm..bentuklah hati kita untuk membenci apa yg patut dibenci, dan mencintai untuk apa yang patut di cintai..jgn terbalekkan...apa yang patut dan apa yang tak patut tu, Tuhan dah sebutkan...hope kita tahu nak apply ilmu tu dimana, bila dan untuk apa...biar kita di buli, di gosip, di serbu, di hamun..say to ur heart, "stupid monkey ini olang"...ehhhh jgnn!!! juz say zikir "ALHAMDULILLAH...SEMOGA ALLAH PULANGKAN APA YANG DIA TELAH LAKUKAN KEPADAKU"

Lantas...hati berbunga bahagia....kerana kita berjaya menyucikan hati dari berdendam or berkata sesuatu yang lebih membuat syaitan bergelak ketawa kemenangan...dan setelah itu naluri diri akan menjawab "TAHNIAH, SAYA BAHAGIA MENJADI MILIK KAMU DAN KAMU AKAN LEBIH BERBAHAGIA MEMILIKI SAYA SELEPAS INI"


******************PERJALANAN TETAP AKAN DI TERUSKAN*******************


MasyaAllah....bahagia inilah yang saya mahu!! Ia memang milik kamu dan saya benar-benar BAHAGIA!!!!~~~


* ape yang ditulis ini tidak di ambil dari mana-mana rujukan,tetapi berdasarkan pengalaman pembacaan dan lebih kepada pengalaman diri sendiri...Ape yang salah harap dimaafi dan diperbetulkan...sy hanya mengajak diri untuk berbahagia berkongsi cerita yang akan membuat saya lebih BAHAGIA~~~~


Salam Syawal dan Bahagia,

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...