photo wedd.png photo preggy.png photo cs.png photo shaklee.png photo fb.png photo ig.png
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

April 2, 2011

Love story. Not happy ending yet.

Assalamualaikum...

Entry kali nih nak sentimental sikit dan agak skema. Hikhik.

Tetiba mood untuk berceloteh tentang cinta bertandang tanpa di undang. Mungkin sb terlalu banyak melihat status-status fesbuk yg berkisarkan tentang kekasih, cinta atau jodoh. Kadang-kadang terwalking di belog-belog yang banyak menceritakan perihal cinta.


Cinta,
Sape tanak kan? Sebut je cinta sume orang menyanjung tinggi. 'aku punya cinta jgk, kamu macamana? Dah berpunye ke belom?' Mungkin kita banyak di kelilingi ayat-ayat perihal cinta. Tambah-tambah bila usia 20-an nie, mulalah panggilan anak dara, anak teruna. Kadang-kadang naek rimas d buatnye. Tapi tak perlu tipu bila ade certain time tuh kite akan terpikir semula bende nih suwiiitttt sgt sebenarnye. Haha.

Neway, cinta nih subjektif. Kalau nak di definisikan dalam ayat sy, mungkin mengarut sikit, haha...maksudnya mungkin bila kita dah tersuka seseorang tuh tiba-tiba datang 1 perasaan yang pelik dan aneh. Bukan setakat perasaan syg, suka tp cinta! Sanggup serahkan nyawa dan raga untuk dotdotdot tuh. Mmg otak tak dapat berfungsi dengan baik dah bila sampai perasaan tu. Buruk baik sume tak bole nilai. Rasa macam dah ade di taman syurga dunia kononnye. Sebab tu sy tak heran bila ada yang sanggup terjun bangunan macam berita baru-baru nie akibat putus cinta. Dasat kan penangan cinta!!

Allah SWT jualah sebenarnya yang menganugerahkan perasaan tu untuk kita. Untuk apa? The main point mestilah untuk hamba-hambanya mencintai DIA. Hanya DIA yang layak untuk kita cintai selagi kita belum bergelar suami/isteri kepada pasangan kita. Itulah sebenarnya makna cinta. Tapi dunia sekarang dah terbalik kan, tak perlu kata apa-apa, cuma pandang dan lihat hakikat sebenar di zaman penghujung dunia nih.


Cinta...bercakap tentang cinta sesama manusia, kadang-kadang datangnya sebuah cinta yg kita tak jangka. Kita terpikir-pikir inikah jodoh kita? Inikah cinta mati kita? Kebiasaannya cinta menyelusuk masuk ke hati dalam keadaan kita tak sedar. Mungkin rasa belum bersedia lagi untuk menerima. Mungkin terlihat-lihat lagi diri yang masih kebudak-budakkan. Tiba-tiba nak terima cinta dari seseorang. Arghh mungkin mengarut. Tak smpai seru lagi nih. Ayat kebiasaan muda mudi sekarang.

Nak menerima cinta bukan mudah seperti berkata 'ya'. Sebelum menerima, kenalah timbang dulu, baik buruknya. Bila dacing dah tunjuk sebelah buruk, takkan kita nak teruskan untuk berkata 'approve' kan? Akibatnya diri yang menderita. Tapi untuk berkata 'tak nak' lagilah susa. Kena ada keberanian, bak satu tagline dr cte ape ntah 'Tanpa keberanian mimpi tak bermakna'..ehh ehh dari novel Ramlee Awang Murshid kot..novel feveret sy ever after! Yelah, kalau tak berani menolak cinta, takot-takot diri termakan dengan umpan cinta tanpa rela. Masa tuh penyesalan tiada gunanya. Masa pun takkan menjadi sahabat baik kita untuk kembali semula ke satu waktu yg lampau.

Kadang-kadang tuh ade yg tak nak menerima cinta dari dotdotdot tuh, tp sebab nak tayang dekat seisi dunia dia jgk punya cinta, so men belasah jerk. Pelik jgk bila mata nie melihat sesetengah org tuh mcm takde taste langsung. Taste kat sini bukan aje dr segi hensem, cantik tp dr segi akhlak jgk. Ada ke patut mat rempit pun jadi pilihan hati cinta dia? Ehh ehh tak baik kutuk! Nanti engko yg dapat taw. Dah dia bekenan macam tuh, ikot suka dia la. Manusia lain-lain.

Baeklah~

Jgn jdik mcm sy nih, higher taste!! Demand punya budak. Tp tak salah kan?? Kihkihkih. Bak kata status fesbuk sy yg mendapat sambutan ramai, even dah 3 hari lepas update, maseh ade yg menambah koleksi like n comment, Cessss syoookk la tuh!! Nyampah~ Haha. Bunyinya macam nih, "Biar lambat jodoh asalkan mendapat 'Right Person' ".


Bagi yang tengah mencari cinta, mesti ternanti-nanti.' Bilalah cinta aku nak datang nih. Orang lain sume dah ada cinta hati masing-masing. Aku?' Haha. Rilek la bai! Ayat femes yg sy sering kasi untuk kawan-kawan bila diorang menggelabah tak tentu pasal. Cinta kalau dikejar, dia takkan datang. Sebaliknya dia semakin lari dan lari dari kita. Tapi cuba kalau korang wat selamberk je, tiba-tiba je adala yg meraih cinta kita. Tapi time tuh kita pulak yg tak nak. Manusia biasa dengan sifat tak penah bersyukur, apa yang taderk, nak sgt, bila dah ada, buat endah tak endah je. 

Ingatan terhadap seorang sahabat tiba-tiba datang........si ayu nie agak desperate dengan si abu nie. Tapi si abu nie jual mahal giler. Padahal saban waktu, si ayu bekeras keringat menunjukkan cinta dia kepada si abu, tapi masih dalam keadaan terselindung. Si ayu walau macamana pun sentiasa menunggu dan menunggu cinta dari si abu. Ape jawapan si abu? ' Tak nak ada komitment lagi sementara masih belajar nih' . Alahai kasihannya. Padahal engkau melayan si ayu nie macam dah laki bini jerk. Kalau ikot hati nak je kutuk, dahla tak hensem, botak, nak jual mahal lagi. Yg perempuan tuh punyalah putih gebu, pandai jaga diri, baik, n kategori alim pun ade, ape lagi nak di tunggu? Ayat kejam dah keluar tuh. Haha. Bukan apa, kadang-kadang kasihan melihat kawan yg sentiasa menanti-nanti cinta dari seorang jejaka pujaan hati. Perasaan letih mesti ada, tetapi masih setia menunggu. Tersentap dengan salah satu ayat yg penah dikeluarkan dari si ayu 'Sy nak terus kawen dengan dia, bila dia dah terima cinta sy suatu hari nt'. Cinta oh cinta! Hebat kamu!!


Ramai yg kita lihat sekarang sedang menganyam cinta, mengulit cinta yg di janjikan mahligai persandingan barangkali. Bagi mereka cinta itu sgt indah, sehingga kadang-kadang ada yg tersasar dari landasan yg sepatutnya. Sucikanlah cinta itu, jgn biar ianya mudah tercalar ok! Suci dalam erti kata didik cinta ke jalan yg betol bukan ikot cara omputih taw. Kiss sana hug sini. Untuk cik Aisy' pun same ye!! Jangan gatal-gatal! Hikhik. Kadang-kadang memperingati orang lain cukup mudah, tp kenala jgk pandang diri sendiri kan?

Dan tak terkecuali ada jugak yg tercicir cinta mereka di tengah highway Karak. Ohhh highway nie cukup sinonim dengan sy. Asal je nak letak nama highway dalam entry, mesti karak yg terkeluar kat otak nie. Kenapa ya? Sebab cerita misterinya kah? Okei okei smbung semula cerita kita, untuk yg gagal memberi dan menerima cinta, janganlah di tangisi keterlaluan. Sy tak cakap tak bulih menangis, menangislah smpai banjir sekali pun, tp berpada-padalah. Janganlah tayang korang punye fighting tuh kat fesbuk. Nt ade yg naek menyampah jerk tgok. Termasuklah sy. Haha. Apa yg pasti, pasti ada cinta yg sejati buatmu selepas itu! Apa yg penting, belajarlah dari pengalaman yg lepas semoga cinta takkan terlepas dari genggaman kita lagi~

Cinta itu perasaan yg mulia. Terpulanglah pada diri masing-masing untuk mewarnakan cinta itu dengan krayon, magic, black n white or RGB color. ^_^

Cinta, apa ada pada cinta? Entah, sy pun tak tahu. Tapi kenapa ada yg sanggup mati demi cinta? Cintakah yg membawa kepada perjodohan? Mungkin ade yg 'ye' mungkin ade yg 'tidak'. Untuk 'tidak', mesti cinta itu hadir selepas di jodohkan. Itulah yg terbaek~

Jom. Layan ini after u all dah penat membaca cerita merapu sy. Hehe~


Okei, selamat tinggal!
Bai!

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...