"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

May 2, 2011

Edisi khas sempena EXAM: TOTAL penyerahan!

Sudah tiba masanya untuk total penyerahan segala-galanya kepada yang lebih Berkuasa.


Setelah berhempas pulas berjaga malam, tak tido, tak lena, tak makan, tak keluar rumah, tak berlepakking dan layan gelora di padang gebu -Putrajaya wif budak-budak tak betol tuh, tak sempat nak menonton drama filipina, si hensem dalam siri Marimar, tak serbu wayang cerita Senjakala, tak bole layan sebarang perasaan tak puas hati dari si dia dan si housemate, maka sudah sampai saatnya untuk menyerahkan usaha-usaha ini kepada Dia.Totally penyerahan!

Berbaloi atau tidak usaha-usaha ini, hanya Allah yang tahu. Mungkin berkat doa di makbulkan, dan mungkin tak. Apa yang Dia kehendaki itulah yang akan terjadi. Tapi hanya satu, walau apa pun yang terjadi, Dia ada sebab untuk apa dan kerana apa Dia jadikan begitu. Sebagai hamba yang hina, memang tak layak langsung kita pertikaikan!

Totally penyerahan a.k.a tawakal kepada Allah. Tapi harus dan wajib jgk berdoa semoga hajat di perkenankan, semoga dalam tadahan tangan itu masih ada harapan yang mungkin akan tercapai. Doa dan Tawakal kerana kita merancang tapi Allah yang tentukan. Buka hati, dan serah segala-galanya tatkala menempuh sesuatu yang hanya Dia dapat tentukan hasilnya.

Dalam hati, walau sehebat mana pun usaha tuh, tipu kalau hati tak berbisik 'Macamana kalau aku tak berjaya? Macamana kalau aku tak dapat buat nanti? Macamana tiba-tiba benda tuh tak jadi'?. Memang manusia biasa takkan lari dari perasaan risau, takot dan was-was. Semua itu gangguan dari syaitan. Apa yang kita mampu buat selain penyerahan secara total kepada Allah, dan kuatkan semangat, yakin dalam hati, "Aku dah usaha setakat yang termampu, dan Allah takkan abaikan usaha aku! InsyaAllah"

Dan apa salahnya kalau korbankan masa yang ada untuk sampaikan hajat dan cinta kita kepadaNya. Kalau sebelum nih cukop liat dan malas nak buat solat-solat sunat, untuk kali ini ringankanlah tulang-tulang  yang Allah berikan untuk bergerak. Mudah-mudahan cinta yang eklas untuk Pencipta dijanjikan balasan untuk apa yang kita inginkan. Allah sentiasa ada untuk hamba yang sentiasa engat padaNya.

Okeh, sempena exam yang bakal menyusul sehari lagi dan berturut-turut nih, jom berdoa semoga Allah berikan kemudahan dalam setiap soklan exam yg kita terpaksa hadapi. Semoga Allah kembalikan semula apa yang kita sudah pelajari, ingati bila tiba masanya. dan Semoga Allah berikan keputusan yang sgt cemerlang setanding dengan usaha yang kita dah lakukan. InsyaAllah!

Ehh nak tawu rasie sy tak? Sekadar mahu share-share gitu...
Selalunya kalau dalam dewan exam, sy rasa letih sgt sebab tpksa menjawab soklan yang sgt membunuh otak nih, kadang-kadang rasa give up jerk. Tapi bila terengat muka mak ayah yg mengharapkan sesuatu, terus rasa semangat even diri mcm dah tak mampu. Saya perlu berjuang habes-habesan untuk mereka yg paling berharga sepanjang hidop sy! Betol tak?? Korang macamane ea?

SEMOGA BERJAYA UNTUK KAMU!!

Akal, duduk baek-baek ya, sb nt sy akan gunakan kamu!
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...