Buat semua hamba Allah....
Marilah kita panjatkan kesyukuran kerana maseh bernafas di bumi ini..
Marilah bersama merasai nyamannya udara kurniaanNya...
Marilah melihat keindahan bumi ini..
Langit,bulan,matahari,bintang, masing-masing mematuhi peraturan penciptaNya,,
Menunaikan tanggungjawabnya sehingga sampai ke satu masa yg telah ditetapkan kelak....
dan Marilah mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah..
Syukur...
Terima Kasih Tuhan...
Terima kasih Tuhan...
Terima kasih kerana masih mengasihiku...terima kasih kerana masih menyayangiku..terima kasih kerana masih bersabar denganku...walaupun aku sentiasa melanggari perintahMu...
Ya Allah...
Terima kasih.
Terima kasih.
Saat terasa sakit, aku kembali kepadaMu. Saat aku tenggelam, aku terasa Engkau semakin mendekatiku..saat aku alpa dan lalai, Engkau masih menunjukkan satu jalan buatku...saat aku keseorangan, Engkau menemaniku dengan petunjukMu...saat aku berputus asa, benar Engkau berikan aku satu jalan mudah yg nyatanya aku tidak sedar....tp akhirnya aku celik semula apabila aku kembali kepadaMu...
Kadang-kala aku bersangka buruk, aku mula menjauh, aku berputus asa. Aku merasakan dunia ini tidak adil, kelam, dan biar aku tidak dilahirkan mungkin itu lebih baek.
Tapi........
Terima kaseh Tuhan..terima kasih atas segala-galanya.
Walau apa pun yang berlaku, aku sedar inilah perjalanan seorang hamba.
Biar aku terasa lemah, sunyi, gila, borink,sepi,kosong, tidak punya apa-apa,cemburu, saket, penat, letih, geram, fed up..
Tapi..
Ketika aku mula kembali kepadaMu..
Hati masih mengakui aku ada Tuhanku, Tuhan yang 1 tiada 2, Allah.Allah.Allah.
dan aku sedar
Itu hanyalah godaan dari syaitan.........
Syukran.
kerana Dia maseh memberikanku petunjuk.
ya Allah.......terima kaseh.
Aku cintakan Tuhanku.
Semoga aku sentiasa bersyukur kepadaMu........Bila redha, hati terasa lapang. Benar. Mahu menjadi seperti Sumayyah.
No comments:
Post a Comment
Lots of Love for your comments. Thanx!