photo wedd.png photo preggy.png photo cs.png photo shaklee.png photo fb.png photo ig.png
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

February 15, 2011

12 RABIULAWAL TAHUN GAJAH.



Salam Maulidur Rasul~
 
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
 
Info : http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm 
 
 
Mari hayati sebahagian peristiwa yg di janjikan Allah SWT:
 
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.” 
 
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”   
 
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” 
 
 Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. 
 
Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”   
 
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. 
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.   
Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.   
Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.  
Kumpulan yang kelima berlari.  
Kumpulan keenam berjalan.   
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.   
 
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. 
 
Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”  Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!   
 
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.  
 
Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
 
Sambungan sumber, klik cintailah Rasulullah SAW
 
 
 
-Terharu dengan kasih sayang baginda, sedangkan kita..........
 
 
 
 
Belajar mencintai Rasulullah selepas Allah~
 

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...