"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

March 25, 2011

Putus sudah. Semoga berjumpa di syurga.

"Aku dah tak boleh maapkan dia, aku dah tak bole jd mcm dulu balek. Biarlah aku macam nie"
 ~ mungkin kata-kata putus dari seorang sahabat.


 Maka putuslah persahabatan itu.

"Saya dah busan dengan awk, engatkan awk baek selama nie, rupanya buruk gler perangai. Tak sanggup saya nak hidup dengan orang mcm awk suatu hari nt, so better kita break!" 
~mungkin kata-kata putus dari seorang kekasih.


Maka putuslah dua hati yang bersatu.

"Kalau betol awk memang nakkan perempuan tu sgt, divorce me!! Saya tak sanggup dimadukan!"
~mungkin kata-kata putus dari suami isteri.


Maka putuslah kasih, sayang, dan cinta yg mulia.

Putuslah semua yg terikat dan tersimpul, dan terus terlerai. Mungkin takkan bersambung, dan mungkin akan kembali untuk dikejapkan semula ikatan yang telah longgar.

Kalau bende macam nie jadi kat korang, ape korang akan buat? Terjun bangunan kah? Tanak hidup kah? Terima kah? Menanges kah? Maki hamun kah? dan bermacam lagi kah kah kah?

Actually after baca satu cerita pasal nih, dalam hati sy berdoa  'Tuhan, jauhkanlah aku daripada ujian-ujian seumpama ini'. Ujian emosi. Kalau di buat kajian pun, sakit yang paling sakit mesti ramai yg jawab saket emosi. Ubat taderk, ubatlah hati sendiri. Sembuh? Mungkin barangkali, mungkin tak. Yang pasti parut tetap ada. Fobia, trauma? Tipulah kalau sy cakap tak de.

Ahli psikologi Islam seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah.

Manusia itu diciptakan bersifat tergesa-gesa. Nanti akan Kuperlihatkan kepada
kamu keterangan-keteranganKu; sebab itu, janganlah kamu meminta kepadaKu supaya
dicepatkan (Surah al-Anbiya’, 21: 37).


Agak-agaknya apa patut kita buat?

Menanges?
Okei, bole. Tapi jangan keterlaluan dan tanak berhenti-henti sampai setahun sudah. Tak gila, bole jadi bisu kot. Suara dah habes untuk esakan tuh.

Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia.

Bunuh Diri?
Ohh no!no!no! Buat apa nak bunuh diri? Nak masuk neraka sia-sia kah? Nak mati sia-sia kah? Kalau nak, silakan. Takde sape bulih halang. Anyway, kenapa mesti masuk neraka padahal Allah dah sediakan syurga untuk kita kan. Cuma buatlah seperti amar makruf nahi mungkar. -Macam ustazah pulak..hehe-

Diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya"".

Makan pasir?
Makan pasir tuh samalah seperti bunuh diri. Ngokk~ (Iklan je nih..hehe)

Bersedey?
Sampai bila? Sampai bila-bila kah? Kalau mcm tu, taderk guna hidup. At least, try to live for ourself. Kesian hidup kita yang tak penah bahagia. Asek sedey je. Sesekali layan meroyan tuh tak pe. Tapi jgn smpai die biarkan perasaan kte down. Lastly mati terkubur macam tuh je, takde bawak bekalan. Bawak air mata je.

Jangan bersedih jika itu takdir Allah untukmu, tapi carilah sinar hikmah yang tersembunyi disebalik derita yang kau alami. Kesabaranmu menghadapi ujian meletakkan kamu pada suatu tingkat keimanan yakni redha kerana Allah.. Setiap kejayaan itu dimulakan dengan langkah pertama. Jika kau jatuh kau harus bangun dan bangun.. betulkan niat, usaha,doa, tawakal dan redha dengan ketentuannya.

So, macam mana nak handle? Susah kan?

Baca lagi kalau nak tawu. ^_^

OK, skang cik Aisy' mahu berceloteh panjang lagi. Masa untuk cik Aisy' menjadi motivator..hikhik..kepada sesiapa yang berkenaan, silalah amek tips-tips dari Dr. Aisy' Humaira dan dari Dr. bertauliah di sini~

PUTUS PERSAHABATAN

Just Forgive and forget k!
Mane ade manusia sempurna, awak, saya, kamu dan dia tak ada yang sempurna pun. Secara fitrahnya manusia nih memang ade sifat kasih sayang, automatically one day dia akan terasa nak maapkan kawan dia. Pecaye atau tak, sape yang tengah bergado tuh wait n see! Kalau tak baek jgk before mati, standby lah jawapan korang dengan Tuhan. Even kesalahannya sangat dan tersangatlah besar sehingga korang rasa benci tahap alam, n kalau bulih nak cincang 24 ke buat sup, korang pecaye la dengan pekataan 'Forgive and Forget'. Nak lupakan susah tapi nak beri kemaafan tak susah kan? 

Sedangkan Nabi Ampunkan umatnya, so kita yang takde pape nih, ade hak ke nak hukum orang tuh lama-lama? Sahabat, susah senang kita bersama. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.


PUTUS CINTA
by Dato' Dr. Fadzillah Kamsah 

Ambil Sedikit Masa Untuk Diri Sendiri
Apabila kita baru berpisah dengan pasangan, cari tempat yang menenangkan fikiran dan tarik nafas panjang-panjang. Kemudian mula sedarkan situasi sebenar dan cuba membiasakan dengan suasana baru ini. Sebolehnya bagi orang yang baru bercerai ataupun baru berpisah dengan pasangan kekasih jangan terburu-buru untuk mencari pasangan baru.

Mencari hikmah dan pengajaran daripada peristiwa

Setiap perkara yang datang ada hikmahnya. Kita perlu mengkaji balik perpisahan ini disebabkan oleh kita ataupun si dia. Ataupun keputusan ini adalah kesepakatan yang wujud daripada persetujuan satu sama lain. Dalam mencari pengajaran, kita perlu muhasabah diri ataupun mengkaji kelemahan diri. Memang tidak dinafikan si dia mempunyai kelemahan. Namun begitu masing-masing kena reda dengan ketetapan Ilahi.

Berkongsi dan Meluahkan Rasa Hati dengan Kawan-kawan ataupun saudara terdekat
Sebolehnya jangan pendam perasaan seorang diri terutamanya bagi wanita. Ia boleh diibaratkan luka yang menjadi nanah apabila kita pendam lama-lama. Masa inilah kita perlu mencari rakan-rakan baru ataupun saudara dekat bagi melepaskan rasa hati. Melepaskan rasa hati ini tidaklah perlu menceritakan kepada mereka, cukup dengan membuat aktiviti baru dan enjoy. Itu sudah cukup melepaskan rasa dalam hati dan minda.

Bersedih berpada-pada
Jangan salahkan diri ataupun sesiapa walaupun ia bukan berpunca daripada diri kita. Semua orang buat silap. Ada sesetengah daripada kita merasakan diri kita ini dibuang dan tidak diperlukan lagi. Cukup! Berhenti! Mungkin bagi si dia tidak diperlukan, tetapi masih ramai orang lain yang memerlukan kita. Kita mampu mencari cinta yang lain. Teruskan hidup!

Jangan Serik Untuk Bercinta
Jangan takut ataupun fobia untuk bercinta lagi. Teruskan mencari cinta baru. Jangan ada istilah serik bercinta dalam kamus hidup kita. Dapatkan pelbagai pandangan daripada rakan taulan, saudara mara dan sesiapa yang berautoriti memberikan pendapat. Jangan malu. Satu yang paling penting jangan kesilapan yang kita buat dahulu berulang lagi

Berdoa dan Bertawakal kepada Tuhan
Ingat sesuatu yang baik ataupun buruk di tangan Yang Maha Kuasa. Banyakkan berdoa agar mendapat jodoh yang lebih baik.

Petikan daripada buku "Petua Mencari Cinta" karya Dato' Dr. Fadzillah Kamsah dan Fauzul Na'im Ishak yang terbit Julai 2005~

PUTUS PENCERAIAN
(Terima kaseh untuk beliau. Even beliau tak bagi copy, tapi sy sanggup taip semula. Maap. Tulisan yang sgt bagus dan bermakna.)

Untuk suami...

Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
Jika diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Untuk isteri...

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah

Ape kata tukarkan ayat negative ini menjadi positive!

Aku dambakan isteri sehebat Khadijah
Akan ku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah

Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman

Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
Kasih setulus Zulaikha aku usahakan

Aku mencari suami seteguh Ibrahim
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah

Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku mengikuti di mana hebatnya Fatimah

Buat suami..

Kamu bukanlah Rasulullah saw yang begitu mulia....pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahuhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.....amin.

dan...
kamu yang bergelar isteri...

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, pun bukanlah Hajar yang begitu setia di dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.....amin.

Justeru itu wahai para suami dan isteri.
 Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.


Okeh, guys. Dah penat baca? Jom pegi ke pulau mimpi masing-masing.
Bai!


Berpengalaman dan serik sangat.
Photobucket

1 comment:

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...