"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

September 29, 2011

Esok submit thesis.

Assalammualaikum..

Bila lihat keje thesis aku naek menyampah sebab keje tuh la aku paling tak suka. Arghh pedulik! tak nak buat. Oke, senang ceriter tak payah grad. Ohhh jangan jangan. Nanti mak aku pelangkung dengan belanga kat rumah tu. Suruh datang belajar, tp engkau jadi lagi pemalas yaa! nahh hambekk nie!! - dialog mak aku..haha

Kalau kos aku tak wujudkan sistem thesis yang macam apa lagi nie, mao goyang kaki je aku nak dapat segulung ijazah tuh. Pegi kelas, balek makan tido, copy cat assignment, study ala-ala pemalas then jawabla exam pape pun. Haaa..pastuh cukup 2 tahun setengah dapatlah aku segulung ijazah yang tertera nama beliau binti beliau. Mak ayah aku gerenti gembira sakan sebab tak sangka their daughter nie cemerlang dalam pelajaran, dahtu kiut miut pulak, uhh complete! haha giler bongkak. Dahla bongkak tambah dengan perasan yang sangat meluap-luap. Mencissss

Thesis nie buatkan hidup tak tenteram korang tahu. Kalau nak mamam, terengat thesis, nak mandi, thesis, nak enjoy, thesis bile nak siap oii, nak date, ehh nak kena submit thesis nih, tak bole date ahh, nak ketawa sikit, jangannn nanti asek ketawa keje tak jalan. Aku rasa macam nak persetankan semua nie. Betolke ayat nie? Arghhh persetankan semua tuh. Life is suck!!

Bila terpaksa turun naek opis tempat orang-orang hartawan tuh buat aku rasa diri macam sampah. Yang layan baek n bagai nak rak, aku rasa mcm nak belanja dorang kfc jer. Oke ke KFC jer? Tapi sekali jumpak mcm vampire pulak, buat aku rasa nak cakap bull*** berkali-kali. Tak cukup dengan tuh aku rase macam nak cabut je gigi mereka mereka tuh biar diorang paham macam mana nak berbahasa secara berhemah dengan kami yang berstatus student nie.


Tapi...sebab adanya thesis nielah hidup aku makin dewasa. Eceee..betol betol! Aku belajar mengenal orang luar. Tak semua indah. Tak semua senang. Dan secara jujurnya hidup memang perit. Tak namanya hidup kalau tiba-tiba je bende yang kite nak tuh tup tup ade depan mata tanpa usaha. Dan dari thesis jugaklah aku belajar macamane nak survive, macamana nak didik diri jangan depend sgt dgn orang. Especially for modern life mcm skrang nih, hidup dah tak bole duduk rumah menangis lagi, sebaliknya bila menangis tuh terus bangun then bergerak macam takde pape. Sebut senang, nak buat? Hanya hati yang kuat saja mampu.

Oke, bila ceriter pasal thesis dah keluar kat entry nie, means aku tengah membebel-bebel sebab aku dah stuck! Takde idea nak karang progress thesis. Esok nak submit. Oke fine. 4 bulan lagi je mase yang ade. Ape lagi yaa? Terus membebel.....stop!

Esok submit thesis woii!!! haha

Lots of thesis ceriter,
Challlooo~


2 comments:

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...