photo wedd.png photo preggy.png photo cs.png photo shaklee.png photo fb.png photo ig.png
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

October 30, 2011

Hati yang hipokrit.

Assalammualaikum..

Baru-baru nih member fesbuking aku merangkap member yg tawu semua story cilake aku, wrote di wall fb aku dengan 1 soalan ataupun lebeh sedap kalau sebut statement hentam keromo;
"Agaknya hang dah senang hati kot sekarang nih?"

Tanpa berselindung aku terus taip satu ayat hipokrit gler nih;

"Yes, for sure dear, pandai hang teka nooh"

Dalam hati;
Damn! Sekali lagi aku menipu.

Dalam ramai-ramai manusia sape yang tak penah hipokrit? Aku rase kucing kat rumah aku pun hipokrit jugak. Asal nak makan je buat muka kesian ala-ala teddy bear, nak manja la konon, padahal bawah tudung tuh ikan goreng tinggal baki sekor jer. Cisss dasar kucing bermisai panjang!

Kalau pasal perasaan nih, aku rasa actly memang patut pon nak hipokrit. Tapi atas dasar tak nak n tak hengen orang tahu apa yang kita rasa. Bila rasa lauk kenduri tak sedap, takkan nak pegi cakap dekat tuan rumah tuh, "Mak cik, asal lauk nih tak sedap langsung". Eh itu sudah kurang ajar. Ayat bersopan la sikit "Mak cik, sedapnye lauk makcik masak, lepas nih bole la sy datang selalu". Dalam hati kau nak sumpah seranah pon tak pe, memang takde sape bole dengar!

Orang kata nak hipokrit tuh bole tp biarlah bila keadaan memaksa. Aku suka sangat hipokrit tentang satu hal nie. Hati. Sampai sekarang memang aku hipokrit gler babun. Cakap tak nak, tak suka, tak hengen, tp dalam hati memang MAHU sangat. Rasa macam dah move on, wake up, basuh muka, cuci otak, bukak mata, bukak novel baru, cetak memory baru tapi tuh semua hipokrit belaka. Biar diorang nampak kita cheer, tp dalam hati kita simpan rapat-rapat.

Gambar takde kene mengene pon, tp suwit. Letak jela kat sini. Hihi

Tetiba speechless. Ok, bai.

P/S: ...tapi aku tak penah hipokrit aku cinta kau, bodoh!

No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...