"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,kekuatan itu kekuatanMu,kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,jika sukar
mudahkanlah,jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah,berkat waktu Dhuha,Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh. Amin

December 15, 2011

2012!

Assalammualaikum.

Hari ini aku bangun dengan moody sekali. Setiap kali bangun, aku harap ade je mesej 'Gud moning sayang'. Sebaliknya mesej sabotaj yang aku dapat 'Kelas pukol 3.30 dekat bilik B315'. Cisss. Buang karan betoi!

Sedar tak sedar lagi setengah bulan jer aku nak berambus dari sini. Sedar tak sedar jugak tak sampai setengah bulan lagi aku dah meningkat dewasa. Eceehhhh dewasa tuh. Dah bole kawen ye dak?

Bila dah masuk tahun 2012, segalanya macam dah makin berubah. Status student mungkin tak lama nak tanggal dah sebab aku nak sarung baju pekerja pulak. Status kewangan mungkin makin bagus dan mungkin bole jadi makin teruk bila hari-hari duduk rumah perabes beras mak ayah. Status single pun mungkin tak lama jugak sebab bila-bila masa saja ada orang masuk meminang, ye la, dah habes belajar kan? Ehh over over!!

Sebut pasal kerja nie, naek gerun aku pikirkan. The first, before nak dapat pape kerja pun, kena interview dulu. Mao terketaq-ketaq nanti nak di interview. Pengalaman tak dak, memangla nebes! Terengat pulak kata-kata oleh lecture kelas Management aku, Encik Ahmad;

Life kerja tak sama dengan life student. Balek kelas Encik Ahmad bole pergi Lata Kijang, bole ajak boipren gerlpren pergi tengok matahari jatuh dekat Pantai Morib. Bole pegi tengok wayang lagi. Life kerja sampai taderk masa nak tido, pkir saham mana jatuh saham mana naek.
It's not easy man!!

Perghhh!! Tanak keje aku kalau pikir macam nie! Maonya pulak bos kaki carik pasal, stresss la cenggini! Agaknya ade tak masa aku nak meronggeng macam sekarang nie kot?

Sebut pasal kawen pulak, takkan aku taknak kawen kan? Kawen tuh melengkapkan hidup lagi. Belajar macam mana nak didik diri, and anak-anak nanti. Tapi seram jugak bila pikirkan pasal kawen. Sebenarnya kawen tuh bahagia, tapi bila ada masalah rasanya lagi terok dari zaman bujang-bujang terlajak tuh. Ye dak?

Kalau pkirkan pasal laki kawen laen, bole jadi gila meroyan tuh. Kalau pikirkan hari-hari nak kena jaga makan minum laki, ummm berat jugak. Makan minum sendiri pon tak terjaga. Tapi actually bila dah sampai seru semua tuh akan jadi indah. Sebabnya Allah temukan jodoh kita bila kita sudah benar-benar bersedia. Kalau sekarang kau masih bangun pukol 12 tengah hari, cemana nak harap jodoh datang kan?

Eh ini azam tahun 2012 aku ker?


P/S :
I always want to know what is the surprise from Him in my life.
Happy ending or no ending yet?


No comments:

Post a Comment

Lots of Love for your comments. Thanx!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...